Tuesday, November 11, 2008

Di persimpangan

Aku berada di satu persimpangan jalan.

Lorongnya aku sendiri tidak tahu berapa dan ke mana hala tujunya. Apa yang pasti, hanya ada satu jalan yang benar. Dan aku harus bijak memilih. Atau aku akan sesat dalam perjalanan nanti. Kompas dan peta hilang dari simpanan. Puas aku menanti takut-takut ada yang akan lalu supaya boleh aku bertanyakan jalan. Namun, sia-sia sahaja. Aku hilang punca.

Perjalanan yang sebelum ini kutempuh dengan penuh yakin dan berani, kini menemui turning pointnya. Hatiku menjadi gelisah. Aku buntu. Tak mampu membuat apa-apa keputusan. Kadang-kadang aku terfikir adakah aku harus berpatah balik dan menguburkan impianku untuk sampai ke destinasi yang satu.

Tapi, apa kata sahabat-sahabatku yang menanti? Apa pula kata saudara-saudaraku yang bertolak dari tempat yang berlainan, dan sama mengikat janji untuk bertemu di perhentian nanti? Hari kian senja. Apa-apa pun, keputusan harus dibuat. Samada aku harus maju ke hadapan dan memilih jalan yang aku sendiri tidak pasti, atau aku harus berundur dan pulang ke tempat asalku.

“Ya Allah, aku tidak sekali-kali mahu kembali kepada jalan-jalan yang telah kutinggalkan. Tapi, aku juga tidak mampu terus berjalan. Kerna aku tidak tahu jalan mana harus kupilih. Ada yang luas dan ada yang sempit. Kau bantulah daku memilih jalan yang benar.”

in team -------jalan yg sempit yang membawa kepada kehidupan....jalan yang luas yg membawa kepada kehancuran...ramai org yg melalui jalan yg luas itu....sedikit org yg melalui jalan sempit itu....

No comments: